Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan
solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang
ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan
berlaku keadaan yang saya lihat ini."
Oleh tiu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun
berlaku tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah
keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."
Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan
berkata, "Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah
datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka
bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang
kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."Selepas
itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka
satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian
dari syurga secara berterusan.
Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, "Tiada
kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada
kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang
paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau
akan melihat layan daripadaku."
Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk
akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan
menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan
tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari
kiamat.
Selepas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, " Kubur merupakan satu
kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada
lembah-lembah neraka." (Misykat)
dikutip dari : www.islam2u.net
Tidak ada komentar:
Posting Komentar